MASA ITU LEBIH BERHARGA DARIPADA EMAS
Dikatakan dalam sebuah Syair Arab, الوَقْتُ أَثْمَنُ مِنَ الذَّهَب (waktu itu lebih berharga daripada emas).
Pepatah ini bermaksud kepentingan menghargai masa. Masa merupakan benda yang tidak ternilai kerana tidak dapat dibeli atau dijual.
Peribahasa ini harus dijadikan pedoman hidup kita. Kata orang, masa tidak menunggu kita, kita yang sering perlu mengejarnya. Oleh sebab masa sangat berharga,masa perlu diisi dengan berfaedah.
Jika kita betul mengetahui sifat emas maka kita akan menghargai dan akan jaga elok-elok. Kita akan menyimpan emas tersebut dengan sebaiknya. Kita tak sanggup nak membiarkan ia hilang.
Penggunaan masa yang sebaik-baiknya adalah amat wajar. Masa adalah salah satu nikmat yang amat besar daripada Allah SWT kepada manusia.
Sudah semestinya manusia memanfaatkannya secara baik, efektif dan semaksimal mungkin untuk tujuan beramal sepanjang perjalanan di dunia ini.
Satu kupasan tentang masa berdasarkan ayat daripada surah Al Ashr:
- وَالْعَصْرِ
- إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ
- إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
Di kesempatan ini saya suka nak kongsi sesuatu perkara yang biasa sahaja tapi luar biasa andai kita mampu amalkan.
Nabi Muhammad SAW sangat mementingkan dan menjaga solat-solat sunat, terutama yang mu’akkad.
Rasulullah SAW bersabda: “Dua rakaat sunat Subuh, lebih aku sukai daripada seisi dunia.” (Hadis riwayat Muslim)
Masuknya waktu solat sunat qabliyyah adalah ketika masuknya waktu solat tersebut dan ianya berakhir setelah masuknya waktu solat selepasnya.
Apabila Rasulullah SAW sendiri memberitahu bahawa solat ini lebih baik daripada seluruh isi dunia pun tak dapat nak tandingi nilai solat sunat ini.
Saya ini bukannya baik sekadar sama-sama mengajak supaya satu saat apabila saya dalam keadaan yang lalai ada orang panggil saya untuk berasa tenang.
JOM kita hargai masa, hargai cinta kasih sayang yang ada.