Muslim Al-Fateh di Kem Pelarian Palestin

0 Comments
muslim al fateh di palestine

Misi Bantuan Kemanusiaan ke Kem Pelarian Palestin di Lubnan sedang berlangsung ketika anda membaca perenggan ini.

Pasukan Muslim Al Fateh mengambil langkah berani dan proaktif, menuju ke bumi Lubnan untuk menyampaikan terus bantuan ke Kem-kem Pelarian Palestin di sana biarpun ketika ini situasi sangat genting dan perang sedang berlaku. Ini kerana kami tidak lagi mampu hanya melihat dari jauh kesengsaraan yang dihadapi oleh saudara-saudara se-Islam kami yang menderita, kelaparan, kesejukan, dan kesakitan sambil dunia terus tidur dan membutakan mata dan hati. Kami perlu lakukan sesuatu.

Pasukan Muslim Al Fateh sedang dan akan mengagihkan bantuan secara terus “Hand by Hand” selama 7 hari berturut-turut, kepada keluarga Palestin di 7 daripada 12 buah Kem Palestin di Lubnan ; Kem Burj Barajneh, Kem Shatilla, Kem El Buss, Kem Burj Shemali, Kem Rashidieh, Kem Al Jalil, dan Kem Mar Elias. Perjalanan kami tidak mudah dan pastinya banyak cabaran, namun apalah sangat jika nak dibandingkan dengan penderitaan yang keluarga Palestin hadapi selama hampir 80 tahun.

Jenis-jenis bantuan yang sedang dan akan diagihkan sepanjang 7 hari ini ialah Kotak Barangan Makanan Asasi untuk Iftar dan Sahur, Makanan Panas Iftar untuk Keluarga, Bantuan Kewangan Keluarga, Bantuan Kewangan Pusat Hafazan Al Quran, Bantuan Kewangan Anak Yatim dan Miskin,Bantuan Pakaian, dan Bantuan Trauma-Healing untuk kanak-kanak. Bantuan-bantuan ini adalah amanah daripada penyumbang yang tidak akan kami siakan. Bantuan-bantuan ini juga adalah harapan dan seakan menjadi asbab untuk orang yang menerima itu meneruskan kehidupan.

muslim al fateh di gaza

Dana yang sedia ada kini hanya membolehkan kami mengagihkan bantuan-bantuan tersebut kepada kumulatif jumlah penerima manfaat sebanyak 2,195 orang. Jumlah ini sangat sedikit berbanding jumlah mereka yang memerlukan di kem-kem tersebut iaitu sebanyak 77,058 orang.

Sementara kami masih di sini dan misi sedang berjalan, kami ingin mengajak anda untuk turut serta mengambil bahagian dalam usaha ini dengan menyumbang dengan apa jua yang anda mampu agar lebih ramai keluarga Palestin di sini dapat merasai detik bahagia dalam kehidupan biarpun cuma sekejap saja. Ini peluang untuk kita mengukir senyuman di wajah mereka. Hanya Allah yang tahu betapa besar pahala dan ganjarannya.

Akhir kata, kami mengucapkan ribuan penghargaan kepada penaja, penyumbang, dan penyokong yang sentiasa bersama kami, bersemangat jitu membela nasib mereka yang tertindas di dunia ini.

Untuk sama-sama menyumbang

Bersama Palestine

RM 300.00
Select Payment Method
Personal Info

Credit Card Info
This is a secure SSL encrypted payment.

Donation Total: RM300.00 One Time

Dapatkan update/live terkini

  1. Facebook
  2. Tiktok Official
  3. Tiktok Palestine
  4. Whatsapp Channel
  5. Telegram Channel

Leave a Comment

Your email address will not be published.